Monday, April 6, 2015

Kami nak tahu juga siapa polis tangkap?



Kecoh diperkatakan seramai berbelas orang ditangkap. Tapi semua buka ditutup.

Rakyat nak tahu juga siapa yang kena tangkap

Undian Bermula Di Dewan Rakyat



Dewan kembali penuh? Ermm..

Bila Awek Melayu Bangga Berselfie Dengan Kekasih.....


RAKYAT JEPUN DIHANTUI 'MATI DALAM KESEPIAN'


Pada bulan Mac, sisa-sisa tubuh seorang lelaki tua telah dijumpai di lantai pangsapurinya di tengah-tengah bandar Tokyo. Dia telah mati selama sebulan.


Jiran-jiran tidak perasan ketiadaan lelaki yg berusia lapan puluh tahun ini. Bank yang membuat penyewaaan kepada warga tua terbabit menyatakan yang ahli keluarganya langsung tidak melawatnya sehinggakan penemuan mayat yang telah berbau busuk dan mengganggu penyewa lain di tingkat bawah.

Dalam pesat penuaan Jepun, ramai orang yang mati tanpa disedari di negara yang mempunyai 127 juta penduduk itu.

Untuk itu kes seperti ini di panggil "MATI DALAM KESEPIAN".Kini wujud sebuah pasukan yang menjalankan tugas pembersihan yang di kelola oleh Hirotsugu Masuda dan beberapa krew pembersihan datang untuk menyelamatkan pangsapuri di mana mayat penghuni yang telah lama mereput di dalam kediaman mereka tanpa disedari oleh orang ramai.

"Ini telah mula menjadi sedikit lebih biasa di dunia dan ia menjadi lebih diiktiraf yang ada seperti ini kerja," kata Masuda, perkhidmatan yang dikehendaki 3-4 kali seminggu pada musim panas apabila badan mengurai lebih cepat.

Apabila pasukan Masuda hadir di lokasi, polis terlebih dahulu telah mengambil mayat akan tetapi cecair mayat yang mereput telah meresap ke lantai pangsapuri. Kelihatan lalat-lalat di sekitar periuk berisi nasi. Kalendar lama dan kertas bertaburan di bilik-bilik tidak disentuh selama bertahun-tahun.

Pekerja memakai pakaian perlindungan semburan seperti di dalam filem BIOHAZARD dan JANGKITAN VIRUS ZOMBIE dengan pantas menghalau serangga dengan menggunakan tangan bersarung getah. Latihan enam jam diberikan kepada krewnya agar lebih berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan kuman mudah merebak.

FOTO KREW PEMBERSIHAN SISA MAYAT




5 Cara Tak Nak Lulus Temuduga Separa Perubatan | Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

5 Cara Tak Nak Lulus Temuduga Separa Perubatan | Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Ramai yang mohon latihan Separa Perubatan setiap tahun. Ada yang memang benar-benar berminat dan ada juga yang mungkin tiada pilihan lain. Jawapannya ada dalam diri masing-masing.

Tahniah jika anda dipilih untuk sesi temuduga latihan Separa Perubatan tahun ini. Bermakna anda selangkah menghampiri kerjaya impian anda. 

Mungkin anda kali pertama menghadiri sesi temuduga untuk latihan Separa Perubatan. Mesti tertanya-tanya bentuk dan contoh soalan yang bakal dihadapi semasa temuduga nanti. Pengalaman mereka yang pernah temuduga Separa Perubatan pasti boleh membantu anda menghadapi temuduga dengan lebih yakin. 

Ok. Jika anda tak nak lulus temuduga caranya cukup mudah. Tak perlu sampai 5 cara sebenarnya. Cukup anda tak hadir temuduga, anda dikira gagal temuduga. 

Tapi, saya yakin anda seorang yang sudah menetapkan halatuju dan punyai impian untuk menyertai Latihan Separa Perubatan. Mungkin ini bukan kali pertama anda hadir sesi temuduga separa perubatan, gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal selamanya. 

Rujukan Pantas Lulus Temuduga Separa Perubatan

Ok. Rujukan pantas ni adalah usaha untuk lulus temuduga separa perubatan. Ianya bukan untuk calon yang memang merancang untuk tak nak lulus. 

Apa yang ada dalam rujukan pantas "lulus temuduga separa perubatan"? Antara bab penting yang bakal anda perolehi melalui rujukan pantas temuduga ini ialah:

  1. Kriteria yang dinilai dalam temuduga separa perubatan
  2. Tugas-tugas khas jawatan yang dipilih
  3. Paling penting ialah bab simulasi sesi temuduga Separa Perubatan. Sesi ni bakal memberi anda soalan yang asas seperti sesi memperkenalkan diri sehinggalah soalan mencabar seperti "Mengapa anda memilih untuk mengikuti latihan separa perubatan berbanding menyambung pelajaran di IPTA/IPTS?"
Ini antara bab-bab yang ada dalam rujukan pantas lulus temuduga separa perubatan

Jika anda berminat, dapatkan dulu PREVIEW COPY. 

ISI BORANG INI - KLIK SINI- 
contoh soalan temuduga separa perubatan

PERHATIAN: (salinan preview copy rujukan pantas lulus temuduga separa perubatan akan dihantar terus ke emel anda - sila berikan emel yang boleh dibuka)


Sunday, April 5, 2015

Rakan Tuntut Mayat Aidana

KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Najib Sudah Jumpa Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad secara "one-to-one" dan memberikan penjelasan berhubung isu dibangkitkannya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, selain Najib, ahli BNBBC dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengadakan pertemuan sama bersama perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

"Saya tanya Najib (hasil pertemuan), beliau cakap Tun (Dr Mahathir) 'hot and cold'," kata Shahrir, kepada pemberita, pada sidang media BNBBC di Parlimen, hari ini.


Dr Mahathir dilihat semakin agresif mengkritik pentadbiran Najib, malah, turut berkata sekiranya Najib masih mengetuai Umno, Barisan Nasional (BN) akan tewas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, sebagai ahli Parlimen, mereka lebih memahami isu di peringkat akar umbi berbanding Dr Mahathir yang berada di kedudukan atasan.

"Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, ini orang atas-atas, kami peringkat bawahan.

"Itu orang yang bercakap, tidak ambil kira kenyataan sebenar di bawah, sebab itu kami biasanya diam, kali ini kami nyatakan," kata Shahrir, dan menambah, BNBBC terpaksa bersuara mempertahankan Najib memandangkan serangan Dr Mahathir kini menjurus kepada isu peribadi.

"Pada hari ini, tujuannya, sebagai ahli Parlimen biasa, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri.

"Kami melihat perubahan dan keadaan yang kami rasa begitu puas hati dan seronok sebagai ahli Parlimen," katanya

Gambar Belangkas