Sunday, April 5, 2015

Peniaga Ambil Kesempatan Ke Atas GST.

Tension pula bila ada peniaga ambil kesempatan ke atas GST dengan cara menaikkan harga barangan sedia ada. Naik pulak bukan sedikit, ada yang melebihi RM1.00! Ianya benar-benar membebankan pembeli dan pengguna!

Baru-baru ni, aku nak beli minyak rambut yang harganya di bawah RM 5.00. Terperanjat aku di buatnya bila tengok harga terbaru, RM5.50! Ini belum di tambah dengan cukai GST sebanyak 6%. Peniaga benar-benar mengambil kesempatan ke atas cukai baharu GST!

Bagaimana rakyat tidak bersuara, ia sangat-sangat membebankan kami. Harga barangan naik secara mendadak! Di tambah pula dengan cukai baharu, kami perlu membayar lebih untuk barangan yang sama! Ada sesetengah peniaga pula, tidak mahu memberikan resit apabila diminta, dengan alasan mereka masih memasukkan data ke dalam sistem. 1 alasan yang pada aku sangat tidak logik!

Ianya benar-benar memberi tekanan kepada pengguna. Baru-baru ni, ada sebuah kedai runcit di kawasan rumah aku yang di tutup kerana aduan orang ramai mengenai harga yang melampau dikenakan kepada setiap barangan di dalam kedainya. Ini menunjukkan, yang ramai peniaga ambil kesempatan ke atas GST!

Ini belum cerita, perihal peniaga yang tidak langsung menurunkan cukai sedia ada, malahan mengekal harga sebelum ini ( termasuk cukai lama) dan di tambah dengan cukai baharu. Ia memberi keuntungan berganda kepada mereka tetapi kerugian maksimum kepada pengguna.

Alasan peniaga mudah sahaja, mereka juga adalah pengguna, dan mereka juga dikenakan GST. Jadi mereka terpaksa menaikkan harga untuk mengimbang semula keadaan ini. Peniaga dapat mengimbanginya dengan manaikkan harga barangan, bagaimana pula dengan pembeli atau pengguna ni?

Apa yang aku dapat lihat adalah, usaha kerajaan di dalam mengurangkan cukai sedia ada, kepada cukai yang lebih rendah lagi. Cukai sebelum ini adalah 16%, tetapi selepas GST, semua cukai adalah 6%. Ini bermakna, kebanyakan harga sepatutnya menjadi lebih rendah. Tetapi sebaliknya berlaku, peniaga ambil kesempatan ke atas GST dengan mengekalkan harga sedia ada dan pengguna perlu membayar cukai baharu 6%!

Sebenarnya, tak kemana pun luahan rasa ini. Sekadar bualan kosong sahaja. Kerana, kebanyakkan peniaga tetap mengekalkan harga mereka. Kami sebagai pengguna, mahu tak mahu, perlu juga membelinya. Kerana ia adalah keperluan. Semoga kerajaan lebih tegas dengan peniaga yang mengambil kesempatan ke atas GST ini.

'Elvis' Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun


SIBU: John Sia, salah seorang 'peniru' gaya Raja Rock N Roll, Elvis Presley yang terkenal di negara ini meninggal pada usia 61 akibat strok.

Isterinya, Juliana Wong, berkata John sepatutnya akan mengadakan persembahan dalam satu majlis gala di Kuching pada 30 April ini tetapi sekarang ianya hanya tinggal kenangan kerana beliau sudah tiada lagi.

John meninggal secara mengejut kira-kira pukul 8.40 malam dipercayai berpunca daripada serangan strok yang disebabkan tekanan darah tinggi yang dihidapinya.

"Beliau tidak sihat selepas keluar dari bilik air. Saya kemudiannya mengurut lehernya tetapi dia jatuh pengsan dan terus meninggal," kata Juliana di sini, Ahad.

Menurut Juliana, John menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin selepas mengadu tidak sihat sebelum itu.

"John baharu sahaja menghasilkan sut baharu untuk persembahan akan datang," katanya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki.

Penyampai radio Red FM Kuching, Jennifer Lau berkata John yang menggunakan nama gelaran 'John Jack Siaz De'King' menghantar mesej kepadanya sempena Good Friday dengan menyatakan bahawa beliau teruja untuk membuat persembahan.

"Dia bertanya sama ada saya akan hadir pada majlis itu dimana empat Elvis lain, termasuk seorang dari Singapura telah dihubungi penganjur untuk mengadakan persembahan di restoran tersebut.

"Saya emcee untuk majlis itu tetapi tidak memberitahunya kerana ingin membuat kejutan kepada John," katanya.

Salah seorang daripada tujuh 'peniru' gaya Elvis di negeri itu, Sebastian El Bong berkata mereka turut dijadualkan untuk mengadakan persembahan pada 1 Mei ini.

"John dan saya antara dua Elvis berbangsa Cina di negeri ini. Pemergiannya amat kami rasai," kata Sebastian.



Sumber: mstar.com.my

Pembeli penipu

Pembeli online penipu.

Assalamulaikum Dan Salam Sejahtera.

Pembeli penipu atau lebih tepatnya pembeli online penipu memang banyakkan dalam masyarakat kita. Dulu aku selalu dengar, sekarang aku pulak yang merasa. Sebenarnya, takdalah banyak mana pun, tapi, masih juga menipu kan?

Sebelum ni, wife aku cuma surirumah sepenuh masa. Tapi, disebabkan ingin menambah pendapatan keluarga, wife aku ada buat peniagaan kecil-kecilan, Menerima tempahan baju kurung untuk wanita dewasa dan kanak-kanak.

Dalam dunia yang serba maju ni, perniagaan bukan sekadar dalam dunia realiti, tapi juga dalam dunia online. Aku pun suka bisnes online ni. Mudah dan selesa. Sebabnya, kita pilih barang, buat bayaran dan barang sampai ke pintu rumah. Itu tanggapan biasa. Yang luar biasanya, kadang-kadang lain size yang diminta, lain pulak size yang sampai. Itu belum cerita cara penghantaran lagi. Ada sesetengah penghantar barang yang tidak memiliki etika langsung. Kita belum sempat bukak pintu lagi, dia dah gerak dah. Aii, tunggu la sekejap bang, kot ngah separuh bogel, nak jugak pakai pakaian yang elok, baru keluar. Hish!

Sebenarnya, ramai juga blogger malaysia yang menjalankan perniagaan baju kurung online ni. Ia juga salah satu cara jana income dengan blog. InsyaAllah, aku juga bakal menyusul, membantu perniagaan isteri.

Berbalik kepada pembeli penipu atau pembeli online penipu ni, ceritanya macam ni. Wife aku terima tempahan melalui pos dari rakan beliau. Kira kenal la jugak. Bila dapat tempahan, bayaran hanya dikenakan bila barang yang dipesan sudah siap sepenuhnya. 

Bila baju kurungnya dah siap, wife aku pun beritahulah rakan beliau ni. Wife aku pulak tahu kat mana rumah rakan dia ni. Jadi, disebabkan rakan dia ni sibuk, wife aku pun hantar baju dia ke rumah keluarga dia (Sebenarnya, ini juga atas permintaan rakan wife aku ni).

Dan sepatutnya bila tempahan sudah siap, bayaran haruslah dibuatkan? Tapi tidak sama sekali. Hingga sekarang, wife aku masih belum terima apa-apa bayaran lagi. Ish, dah kenapa. Barang dah ambil, tapi taknak bayar? Sebenarnya, wife aku kenal dengan rakan dia ni siap dengan family dia lagi. Itu yang berani hantar baju dulu, walaupun bayaran masih belum dibuat. 

Rupanya salah sama sekali. Betul la orang cakap, jangan pernah percayakan sesiapa pun. Inilah jadinya. Aku sebenarnya pelik dengan manusia macam ni. Bayaran baju tak sampai RM100 pun. Baju dia dengan anak dia lagi. Pun susah jugak nak bayar. Kalau harga sampai beratus-ratus tu, mungkinlah kan.

Lepas tu, dia boleh buat dek je. Kita dah mesej banyak kali, pun dia buat dek je. Tak kan lah, sampai nak ke rumah minta kan? Sendiri faham sudah.

Sebenarnya, ini juga adalah pengalaman pertama kali berhadapan dengan perkara macam ni. Aku tahu, bukan setakat pembeli online penipu atau pembeli penipu ni, malah lebih dari itu pun ada. Ada banyak lagi ragam pelanggan yang pelik-pelik. Takpe, ambil ia sebagai pengajaran untuk masa mendatang. Pengajaran, pengajaran jugak, Duit tu bayar la kan.

Bagi sesiapa yang ingin menempah baju kurung dewasa dan kanak-kanak dengan harga yang sememangnya murah dan sudah tentu tanpa cas GST, boleh hubungi 0136400070 (Maria).

Identiti wanita korban nahas helikopter diumum selepas ujian DNA - Polis

KAJANG: Identiti wanita dipercayai warga negara asing yang terkorban dalam nahas AS365 akan diumumkan sebaik polis menerima keputusan DNA dijalankan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, pada sidang media di Sungai Pening, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini hanya mayat wanita terbabit dan juruterbang, Kapten Cliff Fournier, yang masih belum dituntut oleh waris mereka.

"Hari ini jenazah empat mangsa sudah dituntut dan dikebumikan dan mayat juruterbang yang masih berada di HKL dijangka akan dituntut oleh keluarganya sebaik mereka tiba dari luar negara," katanya.

Abu Samah juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada wanita terbabit adalah pembantu juruterbang atau penumpang AS365. Dalam perkembangan berkaitan, keputusan untuk membawa keluar serpihan dan bangkai helikopter akan dibuat sejurus pasukan penyiasat terdiri daripada polis, pasukan siasatan khas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara dari Kementerian Pengangkutan mengadakan rundingan.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2014.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2014.


Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam

1 - Artis Baharu Lelaki Popular

Hafreez Adam

2 - Artis Baharu Wanita Popular

Ayda Jebat

3 - Pengacara TV Lelaki Popular

Datuk Aznil Nawawi

4 - Pengacara TV Wanita Popular

Neelofa

5 - Penyanyi Lelaki Popular

Akim

6 - Penyanyi Wanita Popular

Adira

7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular

Akim & The Magistrate

8 - Pelakon TV Lelaki Popular

Shah Iskandar

9 - Pelakon TV Wanita Popular

Nad Zainal

10 - Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

11 - Pelakon Filem Wanita Popular

Siti Saleha

12 - Artis Komedi Lelaki Popular

Abam (Bocey)

13 - Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias

14 - Penyampai Radio Lelaki Popular

Johan (Era)

15 - Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana (Hot) 

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri SM Salim

Ketua Menteri Sarawak Main Sentimen Bodoh?

KETUA MENTERI SARAWAK MENGAMUK DENGAN IMIGRESEN SARAWAK SEBAB GAGAL JALANKAN TUGAS!!!

Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.

Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.

Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.



Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.

"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.

"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.

"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."

Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.

Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.

"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.

"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.

"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."

Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.

Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.

Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.

"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."

Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.

"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya."

Shaheizy Sam, Bintang Paling Popular ABPBH 2014

GENTING HIGHLANDS: Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2014, edisi ke-28 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands malam ini.

Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi.

Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy Sam di pentas ABPBH.

"(Walaupun ini) kali ketiga menang, saya tetap berdebar. Ramai yang nak saya sebut terima kasih tapi anda tahu siapa diri kalian yang saya gelar The Magician," katanya.

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2014 disampaikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir pada majlis kemuncak yang bertemakan Cinta.

ABPBH 2014 dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio, Hot FM.

Keputusan pemenang diperoleh berdasarkan undian keseluruhan pencalonan akhir ABPBH 2014 membabitkan hampir 500,000 borang undian yang diterima penganjur.

Gambar Belangkas