Tuesday, August 26, 2014

Abdul Khalid letak jawatan MB Selangor

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan dari pihak istana memaklumkan, penangguhan penerimaan peletakan jawatan Abdul Khalid itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan lancar dan teratur.


"Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara L1, Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (@) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," ujarnya.

Baginda Sultan Selangor juga katanya menitahkan Pakatan Rakyat mencalonkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Abdul Khalid.

"Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....." - SH

Merdeka ke 57

Lagi seminggu kita akan sambut ulangtahun merdeka ke 57. Tp aku x nampak pun kemeriahan mengibarkan jalur gemilang baik pada kenderaan maupun kediaman. X kira la separuh ka penuh tiang.

Mungkin keghairahan ni terbantut dek peristiwa besar yg telah berlaku dan mengemparkan negara seperti MH370, serangan Israel ke atas Gaza, pergolakan di Syria, Mesir, MH17 dan byk lagi.

Adakah kita dah x rasa merdeka lagi dah???? Atau dah x kisah akan nikmat kemerdekaan yg kita kecapi selama ini???? Seperti yg berlaku Palestine, perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dari Israel terus diperjuangkan dan byk yg telah syahid. Sedangkan jiran2 seagama lain hanya membisu. Namun Turki telah menunjukkan kesungguhan utk membantu........


Monday, August 25, 2014

AL KISAH "POKOK BERHANTU"

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman ternampak kelibat pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Namun kita tidak harus percaya ia bulat-bulat.Mungkin ada sebab musababnya mengapa cerita "pokok berhantu" ini telah diceritakan oleh tok nenek kita.


Pokok Bacang


Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.


Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.


Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 


Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.


Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat 
hantu.


Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.


Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.


Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.

Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.


Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR. PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar. Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.

 Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti. Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan. Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’. "Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.

“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.” Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita. 13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor. Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana. Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – TMI

KEANEHAN DAN KEUNIKAN PAMERAN PENGKEBUMIAN

Pameran pengebumian tarik perhatian 5,000 pengunjung di Tokyo baru baru ini.

SEORANG pembuat keranda membuka tingkap sebuah keranda ketika seorang wanita berbaring di dalamnya dalam satu pameran pengebumian di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Lebih 5,000 pengunjung menghadiri pameran pengebumian atau lebih dikenali sebagai Shukatsu Festa 2014 yang berlangsung di sebuah pusat pameran di bandar ini kelmarin.

Pameran tersebut disertai sebanyak 50 rumah pengurusan mayat termasuk badan-badan keagamaan yang mempamerkan pelbagai produk terbaru mereka.

Antara produk yang dipamerkan dalam pameran tersebut termasuk pelbagai jenis keranda dan pakej pengebumian mayat.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang merasai pengalaman berbaring di dalam keranda dan mencuba pelbagai alatan pengebumian termasuk pakaian untuk mayat.

- AFP

Kitchen All Aglow

Kitchen All Aglow (kitchenallaglow) on TwitterKitchen All Aglow. @kitchenallaglow. I follow back and love to talk aboutKitchen All Aglow - make your kitchen warm and cozyKitchen All AglowKitchen All Aglow - make your kitchen warm and cozyKitchen All Aglow - make yourPatrice Paper Towel Holder — All Aglow Blogpage of Kitchen All AglowAll Aglow Blog | NetworkedBlogs by NinuaVisit the Kitchen

Sunday, August 24, 2014

Outdoor Wedding Decorating Ideas

Outdoor Wedding Decorations - Ideas DecorOutdoor wedding decorationsOutdoor Wedding Decorations - Ideas DecorOutdoor wedding receptionOutdoor Wedding Decorations Ideas - WEDCOW.outdoor wedding receptionsOutdoor Wedding Decoration Ideas : EvergreenataOutdoor Wedding DecorationOutdoor Wedding ideas ‹ Designer Chair Covers To GoDesigner Chair ...Outdoor Wedding ideasWedding decorations ideas

Gambar Belangkas