Thursday, August 14, 2014

Kiki sertai PERKASA Selangor

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, atau yang lebih dikenali sebagai Kiki yang terbabit kes membuli seorang warga emas, telah menyertai PERKASA Selangor.

Kiki menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.


"Setiausaha kehormat PERKASA Selangor telah menyampaikan kad dan sijil keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan bin Samsudin di pejabat PERKASA Selangor," PERKASA Selangor mengumumkan di laman Facebook.

Mengiringi pengumuman ialah gambar Kiki, yang merupakan seorang mak andam, memakai baju PERKASA. - Mkini

Krisis Selangor: PAS tetap tolak Wan Azizah - Mustafa

KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, malam tadi. Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 

Pada sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan penolakan pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bukan kerana jantina. 


Katanya, sebab penolakan pencalonan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sudah dinyatakan kepada semua 15 ADUN PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR.
Bagaimanapun, Mustafa berkata PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di DUN Selangor sebagai calon Menteri Besar. 

"Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ," katanya. Mustafa juga berkata, PAS tetap menganggap kerajaan Selangor sedia ada sebagai kerajaan Pakatan Rakyat biarpun ditadbir seorang Menteri Besar Bebas dan hanya empat EXCO PAS selepas pemecatan dan peletakan jawatan enam anggota daripada PKR dan DAP. 
 
Sehubungan itu, katanya, kedudukan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini. "Kami masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat EXCO itu mewakili parti dan pakatan selepas enam EXCO daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan," katanya.  - BH

Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.


"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

 
Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
 
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
 
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
 
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. - Mkini

Floor Lamps Contemporary Ikea

Floor Lamps - Modern & Contemporary Floor Lamps - IKEAORGEL VRETEN floor lamp,Floor Lamps - Modern & Contemporary Floor Lamps - IKEADUDERÖ floor lampAmazon.com: IKEA Floor Lamp 46" Contemporary Style Modern Soft ...IKEA Floor Lamp 46"IKEA Floor Lamp 46" Contemporary Style Modern Soft Lighting Holmo ...IKEA Floor Lamp Contemporary Style Modern Soft Lighting HOLMO WhiteIKEA 365+ BRASA Floor lamp -

Wednesday, August 13, 2014

Rodziah Ismail tinggalkan Khalid Ibrahim

Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.

“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.

Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand sebenar tadi.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau hanya bercakap sebentar sebelum bergegas ke keretanya.


Khalid hari ini berkata, Rodziah masih dialu-alukan meneruskan khidmat dalam pentadbirannya dan beliau menunggu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkannya.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam siang tadi, Khalid berkata beliau masih belum menulis surat pemecatan kepada Rodziah yang berada di luar negara ketika itu.

Khalid juga berkata beliau sebelum ini telah pun bertemu dengan Rodziah tetapi tidak mahu mendedahkan butirannya.

Rodziah satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP yang belum dipecat Khalid.

Kabinetnya kini hanya berfungsi dengan dukungan empat exco PAS yang masih bertahan. - Mkini

Contemporary Entryway Storage Furniture

8 Modern Home Ideas for Entry and Hall Stylish Redesignentryway storage furnitureMake your Porch Wonderful with the Entryway Furniture | Home ...entryway-furniture-with-Entryway Storage Furniture - contemporary - benches - vancouver ...Entryway Storage FurnitureEntryway Storage Furniture - contemporary - furniture - vancouver ...Entryway Storage Furniture contemporary furniture. Add to

Tuesday, August 12, 2014

Exco PKR, DAP yang dipecat masuk pejabat seperti biasa

Enam exco Selangor DAP dan PKR yang dipecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam masih meneruskan tugas seperti biasa pagi ini. Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau dilihat tiba di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ini diikuti Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim yang tiba 15 minit kemudian. Mereka yang masih menaiki kenderaan rasmi exco kelihatan tersenyum sebaik disapa wartawan dan berkata akan menjalankan tugas pejabat seperti biasa. Manakala, Khalid pula tiba di bangunan SUK kira-kira jam 9.15 pagi dan akan mengadakan sidang media pada 2 petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat exco. – TMI

Gambar Belangkas