Monday, February 7, 2011

Wajah Jari Yang Lucu dan Unik

Kreatif banget ni yang buat. Paling tidak bisa bikin kita relax dan tersenyum sejenak. Langsung dilihat aja yuk!




















Gambar Imajinasi Yang Sangat Keren

Keren. Sungguh keren gambar-gambar dalam postingan kali ini. Hasil karya yang penuh dengan imajinasi yang begitu dalam. Uniknya, kebanyakan digambar hanya dengan menggunakan pensil. Wow..
Baiklah. Tarik nafas dalam-dalam dan nikmati gambar imajinasi yang sangat keren berikut.















Sunday, February 6, 2011

Boneka-boneka Hyper-Realistis Karya Glenda Ewart

Glenda Ewart, adalah seorang seniman yang sangat berbakat. Dia berasal dari Castlerock, Irlandia. Karyanya adalah menciptakan boneka bayi hyper-realistis (sangat mirip dengan nyata) yang baru lahir.

Sebagai seorang mantan koki, Glenda Ewart menemukan bakat seninya pada boneka bayi disaat dia hamil anak pertamanya. Sekarang dia mampu menciptakan boneka bayi yang sangat mirip bayi asli, dengan

Flash game percuma - Dancing Palin

Dancing Palin ialah sebuah aplikasi flash yang korang boleh manfaatkan semasa korang bosan. Apa yang perlu dilakukan ialah tekan je butang kuning kat sebelah kanan untuk tengok reaksi penari dalam tu. Try je dulu.


Nota Dahi: Credits to MiniClips

Tags: main game online percuma, free flash games, tempat nak main game percuma

Justin Bieber dilamar peminat setiap hari

SESUAI dengan dirinya yang masih remaja, selebriti sensasi dari Kanada, Justin Bieber, secara terbuka menunjukkan rasa sayang kepada ibunya, Pattie, di New York baru-baru ini.

Sehari kemudian, dia memperuntukkan masa bersama semua ahli keluarga, termasuk bapanya, Jeremy Bieber, dan adiknya, Jazmyn, di Toronto. Mereka bersama-sama menghadiri majlis karpet merah bagi filem tiga dimensi terbaru, Never Say Never.

Walaupun sebagai ibu tunggal Pattie membesarkan sendiri Bieber, 16, hubungannya dengan bekas suaminya kekal terjalin, termasuk ketika lelaki itu mendirikan rumah tangga baru dan memiliki dua anak lain, Jazmyn dan Jaxon. Di pihak Bieber pula, dia juga tidak menghadapi masalah dengan adik tirinya.

Penghormatan turut diberikan Bieber kepada Jazmyn apabila dia mengakui sangat seronok bermain-main dengan adiknya itu. Dalam Twitter Bieber yang mempunyai 6.9 juta pengikut, dia menulis: Seronok bermain-main dengan Jazmyn.

Malah, Jazmyn turut menyertai Bieber ketika penyanyi itu muncul untuk temubual televisyen dalam rancangan eTalk dan Much Music. Sambil Bieber melayan soalan demi soalan hos bagi mempromosi filemnya, Jazmyn pula leka berhibur sendiri menggunakan iPhone miliknya.

Sejak berpindah ke Atlanta bersama Pattie untuk melebarkan kerjaya nyanyiannya, bintang Bieber memang cepat bersinar terang. Sebagai sensasi remaja masa kini, dia banyak menghabiskan masa mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk memenuhi jadual sebagai penyanyi.

Kesibukan itu memaksa Bieber mengorbankan banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga serta kampung halamannya di Stratford, Ontario. Walaupun Pattie banyak membantunya, Bieber turut tidak melupakan jasa bapanya yang memperkenalkan dia kepada muzik.

“Ketika kecil, bapa mengajar saya bagaimana bermain gitar, seperti melalui lagu Bob Dylan, Knockin’ On Heaven’s Door,” katanya.

Pada Bieber, bapanya bertanggungjawab memperkenalkan dia kepada irama rock klasik sebelum menjadi lebih selesa dengan lagu dibawa kumpulan Guns N Roses serta Metallica.

“Dia bapa yang hebat, kerana turut mengajar saya memandu,” katanya.

BERSAMA KELUARGA...Bieber ditemani ibunya, Pattie; bapa, Jeremy Bieber dan adiknya, Jazmyn menonton tayangan perdana Never Say Never di Toronto, minggu lalu.


Ketika Bieber sekeluarga berseronok menonton filem di MC Yonge-Dundas Square, ribuan peminatnya mengancam untuk merusuh kerana dihalang masuk ke kawasan itu. Dinamakan sebagai ‘Beliebers’, peminat tegar Bieber itu sanggup berkhemah di sekitar kawasan berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri artis itu dari dekat.

Ketika ramai yang kecewa, seorang daripada peminat Bieber cukup bertuah apabila sempat bertanya kepadanya: “Adakah anda sudi berkahwin dengan saya?”. Bieber kemudian secara bersahaja menjawab menggunakan judul filemnya, Never say never. Menurut Bieber, dia tidak terkejut dengan pertanyaan itu.

“Saya mendengarnya sekurang-kurangnya sekali sehari,” katanya.

Sebelum tayangan perdana di Toronto itu bermula, Bieber juga sempat menjemput ramai gadis yang meminatinya untuk bersama menghadiri sidang media. Bieber juga memberi ruang kepada peminatnya untuk bertanya soalan dalam sesi berkenaan.

Ditanya apakah yang paling dirinduinya di Kanada, Bieber berkata, dia sangat terasa kehilangan rakan dan keluarga serta anjing peliharaan. Dia juga bercerita mengenai mentornya, Usher, yang dianggap model teladan yang baik.

“Jika saya mampu mengembangkan kerjaya seperti Usher, itu tandanya saya sangat bertuah,” katanya.

Never Say Never adalah filem memaparkan sebahagian daripada rakaman konsert jelajah dunia Bieber pada tahun lalu. Ia turut menampilkan beberapa artis lain, termasuk Usher, Miley Cyrus, Boys II Men, Sean Kingston dan Jaden Smith. - DM

Sumber: Harian Metro

BIODATA JUSTIN BIEBER
Nama Penuh: Justin Drew Bieber
Nama Samaran: Justin, Bieber, The Biebs, JBiebz, JB
Tarikh Lahir: 1 Mac 1994
Tempat Lahir: London, Ontario
Tempat Dibesarkan: Stratford, Ontario, CANADA
Emak: Pattie Mallette
Bapa: Jeremy Bieber
Kerjaya: Penyanyi
Label: Island, RBMG
Pengurus: Scooter Braun

Justin Bieber - Never Say Never ft. Jaden Smith


Lirik Justin Bieber - Never Say Never ft. Jaden Smith

See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It’s my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.

I never thought I could feel this power.
I never thought that I could feel this free.
I’m strong enough to climb the highest tower.
And I’m fast enough to run across the sea.

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
Cause this is my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

Here we go!
Guess who?
J Smith and JB!
I gotcha lil bro.
I can handle him.
Hold up, aight?
I can handle him.

Now he’s bigger than me,
Taller than me.
And he’s older than me,
And stronger than me.
And his arms a little bit longer than me.
But he ain’t on a JB song with me!

I be trying a chill
They be trying to side with the thrill.
musicjuzz.blogspot.com
No pun intended, was raised by the power of Will.

Like Luke with the force, when push comes to shove.
Like Cobe with the 4th, ice water with blood.

I gotta be the best, and yes
We’re the flyest.
Like David and Goliath,
I conquered the giant.
So now I got the world in my hand,
I was born from two stars
So the moon’s where I land.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.


Nota Dahi: Mesti ramai awek blogger yang minat giler kat Justin Bieber ni kan?

Leez dan Sharnaaz makin serasi bersama

MEREKA dipertemukan buat kali pertama ketika menjayakan penggambaran telefilem Pontianak Kampung Batu yang turut dibintangi Erra Fazira, Rashidi Ishak dan Didie Alias.

Meskipun jarang berbual, namun setiap kali memasuki set bagai wujud keserasian yang begitu luar biasa antara Rosliza Rosli (Leez), 24, dan Sharnaaz Ahmad (Sharnaaz), 26.

Atas dasar dan sebab musabab itu, pengarah, Michael Ang tertarik untuk menggandingkan mereka sekali lagi dalam telefilem arahannya, Ungunya Cinta terbitan syarikatnya, Cube Film Sdn Bhd.

Bercerita mengenai keserasian dan sejauh mana ia mempengaruhi kehidupan mereka, akui Sharnaaz, dia dapat merasai perasaan cinta terhadap Leez.

“Tipulah kalau saya kata saya tidak rasa. Setiap kali berdialog perlu pandang ke mata Leez dan dia pula mengungkapkan dialog itu sepenuh hatinya.

“Tetapi hal itu hanya berlaku dalam set saja ketika babak kami dijayakan. Sedikitpun perasaan itu tidak pernah terbawa-bawa sehingga ke luar kerana kami berdua profesional,” katanya.

Akui Sharnaaz, hatinya sudah dimiliki seorang yang juga terbabit dalam dunia seni. Gadis itu bernama Ruzana, yang pernah menyertai program realiti, Gangstarz bersama kumpulan Luscious.

Leez pula mengakui, walaupun baru dua kali bergandingan, ternyata dia selesa berlakon di samping aktor meningkat naik itu yang turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 melalui kategori Artis Baru Lelaki yang menyaksikan saingan seperti Daus, Maulana, Shahir dan Shahz Jaszle.

“Bukan senang untuk mendapat pasangan yang serasi ketika berlakon. Pun begitu, saya akui Sharnaaz antara pelakon lelaki yang paling mudah untuk saya bekerjasama.

“Walaupun masih baru, tetapi dia faham tanggungjawabnya terhadap watak diberikan. Dia terbuka dan kami akan berbincang sebelum melangkah ke set dan ini melancarkan tugas kami,” katanya.

Ungunya Cinta bakal ditayangkan pada 10 Februari 2011 (Khamis), jam 9.00 malam
di Astro RIA. Kisahnya bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi (Sharnaaz Ahmad) juga anak kepada Datin Moon (Didie Alias), sahabat kepada ibu Ungu, Rubiah (Sharifah Shahira).

Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya’ yang panas baran dan perengus. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangai Andi. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap Andi, satu hari Ungu melepaskan segala perasaannya terhadap Andi lalu timbul konflik. Begitupun, sekian lama dia bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya.

Selepas kejadian itu, Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari, Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain.


Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang merasa terluka, membuat keputusan tidak mahu bertemu Andi lagi.

Leez berkata, Ungunya Cinta menampilkan jalan cerita ringkas, namun bebanan yang terpaksa dihadapinya mengenai watak Ungu itu sendiri.

“Ungu gadis remaja yang meminati muzik dan bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Pada waktu sama, Ungu juga iaitu pelajar tahun pertama di universiti bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku.

“Jalan ceritanya ringkas, cuma cabaran dalam cerita ini terletak pada karakter Ungu sendiri. Wataknya digambarkan seorang yang lepas cakap, tetapi baik hati. Sebagaimana ibunya yang dilakonkan Sharifah Shahirah, begitulah sikap Ungu sebenarnya.

“Seseorang yang bercakap lepas selalu dikaitkan sebagai individu yang tidak disukai dan jahat hanya kerana kelantangan mereka walaupun orang seperti ini mereka biasanya jujur dan tidak berpura-pura. Untuk mengimbangi karakter seorang yang bermulut lepas tetapi pada masa sama perlu membuatkan penonton yakin Ungu seorang yang baik, menjadi cabaran utama saya. Jika dibuat secara berlebihan, ia akan mengundang salah faham terhadap karakter itu. Bagaimanapun, saya berasakan sudah memberikan yang terbaik untuk Ungunya Cinta,” katanya. Sama seperti Leez, Sharnaaz juga mengalami kebingungan menghayati watak sebagai Andi pada mulanya.

“Terus terang saya menggemari watak yang membolehkan pelakon meluahkan emosinya. Contohnya, jika sedang marah saya boleh menunjukkan kemarahan itu. Berbeza dengan Andi, wataknya lebih kepada memendam rasa. Suka pada Ungu, tetapi perasaan itu tidak diluahkan. Sayang dan mahukan perhatian kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak ditunjukkan. Menghidap barah otak tetapi dia berlagak sebagai seorang yang sihat dan tiada masalah. Segala beban ditanggung sendiri dan hanya mampu diluahkan perasaan itu melalui mata. Inilah yang menjadi cabaran besar bimbang isyarat mata tidak sampai pada penonton,” katanya.

Ditemui pada majlis makan tengah hari yang diadakan di Alexis, The Garden, Rabu lalu, pengarah merangkap Pengarah Urusan Cube Film Sdn Bhd, Michael Ang turut hadir untuk menceritakan keistimewaan telefilem ini.

Bicara Michael, sudah menjadi tradisi Cube Film Sdn Bhd dalam mempelbagaikan karya dihasilkan agar dapat memenuhi selera penonton filem dan drama tempatan. Pada pendapatnya, penerbitan drama dan filem tempatan perlu rombakan.

Dalam merencanakan Ungunya Cinta, Michael mempertaruhkan segala yang terbaik dari sudut teknikal sehinggalah subteks dan pada waktu sama berusaha menjadikan Ungunya Cinta sebagai antara karya cinta terbaik pernah ditonton.

“Pada saya, kekuatan drama Ungunya Cinta terletak pada skrip yang dihasilkan Amor Rizan. Selalunya kita lihat cerita cinta temanya agak sama.

“Namun pengisian dalam Ungunya Cinta menjadikan ia satu karya berbeza. Konflik yang ditimbulkan Amor menerusi skrip ditulis pasti menyentuh perasaan penonton.

“Pengisian dialog yang selamba, namun penuh makna membuatkan mereka yang menyaksikan kelak akan berasa ia dekat dengan mereka. Saya percaya ada beberapa babak ditampilkan dalam drama ini akan mencuit perasaan penonton seolah-olah kenangan manis itu berlaku dalam hidup mereka sendiri,” katanya.

Karier pengarahan Michael Ang bermula dengan Wasiat Anak Dara, Cinta Lelong dan 30 Hari Mengenali Cinta. Drama itu turut memperoleh rating tertinggi untuk siaran Astro ketika itu. Syarikat itu juga pernah menerbitkan filem Anak.


BIODATA SHARNAAZ
NAMA: Sharnaaz Ahmad
PANGGILAN: Sharnaaz
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
UMUR: 26 tahun
ZODIAK: Virgo
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
HOBI: Main ‘video game’, bermain muzik, mengembara, fotografi dan menaiki motor besar
KERJAYA: Pelakon
ANTARA DRAMA: Tari Tirana, Dottie, Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Ungunya Cinta

BIODATA LEEZ
NAMA: Rosliza Rosli
PANGGILAN: Leez
TARIKH LAHIR: 12 November 1987
UMUR: 24 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ZODIAK: Scorpio
HOBI: Menyanyi, membaca dan bersukan
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
ANTARA DRAMA: Astana Idaman, Sembilu Kasih, Pontianak Kg Batu dan Ungunya Cinta

Sumber: Harian Metro

Highlight dan keputusan penuh EPL 6-2-2011

Beberapa keputusan yang mengejutkan membabitkan kelab besar Liga Perdana Inggeris pada minggu ini. Manchester United telah dikejutkan oleh pasukan ditangga terbawah dengan kekalahan 2-1 manakala Arsenal yang selesa mendahului 4-0 akhirnya akur dengan kekuatan Newcastle United apabila berjaya diikat Newcastle 4-4 sebelum wisel penamat.

Perlawanan paling menarik minggu ini antara Chelsea dan Liverpool apabila Fernando Torres turun menentang kelab lamanya. Tapi malangnya Chelsea telahpun tunduk kepada Liverpool dengan kekalahan 1-0, gol jaringan Meireles. Jom tengok keputuan penuh Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung minggu ini (6-2-2011) dan highlight beberapa perlawanan menarik.

Walaubagaimanapun, Manchester United masih mendahului di tangga teratas dengan diikuti Arsenal. Rekod tanpa kalah United juga berjaya dileburkan pada minggu ini.









Gambar Belangkas