Monday, November 29, 2010

Episod 8 Misteri Villa Pohon Ara

Edisi khas PAG jelajah ke selatan tanah air ke satu kawasan yang dikatakan berpenunggu dan seram.Penyiasatan kali ini di anggotai oleh beberapa orang Kru dari KL dan Kru JB.


Nak Awet Muda?

Jika ditanya kepada semua wanita, pasti ada keinginan untuk kekal cantik menawan berseri. 
Nak tahu cara yang paling mudah tanpa perlu keluar modal besar? 
Amalkan lah perkara berikut untuk kekal cantik menawan, luaran dan dalaman:
1. Bacalah zikir berikut: 
Ya Badiyah  (1 kali)
Ya Hadi  (1 kali)
Ya Nur (1 kali)
Ya Allah (3 kali)

Amalkan membaca zikir di atas, tiupkan ke telapak tangan dan sapulah ke muka setiap hari.

2.Kemudian bacalah surah Al-Waqiah: ayat 35, 36, 37 dan 38 (ayat ni pendek-pendek sahaja, senang hafal, hendak lebih faham baca maknanya sekali) setiap kali selepas solat subuh
Kemudian hembus ke dalam air dan minum air tersebut.

InsyaAllah kecantikan sebenar akan lahir dari dalam diri kita.


SPM 2010

Post ini akan kekal di atas sehingga peperiksaan SPM tamat. Sila skrol ke bawah untuk entri post yang baru.
 
Dua hari lagi peperiksaan yang penting dalam hidup seorang pelajar sekolah menengah di Malaysia akan bermula, Sijil Pelajaran Malaysia, atau lebih dikenali dengan SPM.
Anak ke-3 saya, Ammar Al-Hafiz, juga akan memulakan perjuangan beliau hari Selasa ini. Begitu juga dengan beberapa ribu orang pelajar tingkatan 5 yang lain di Malaysia.
Ummi dan abi serta adik-beradik Ammar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT MAJU JAYA, SEMOGA ALLAH SWT KURNIAKAN KETENANGAN FIKIRAN DAN KELANCARAN DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN BAIK DAN CEMERLANG, SEMOGA ALLAH SWT HILANGKAN PERASAAN GUGUP SEMASA HENDAK MENJAWAB SOALAN, SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
INSYAALLAH. AMIN. 

P/S: JANGAN LUPA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT, BANGUN LAH SEPERTIGA MALAM UNTUK  BERSOLAT TAHAJJUD DAN SOLAT HAJAT SETIAP MALAM. MOHON LAH KE HADRAT ALLAH SWT, ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH  MAHA BESAR.

Sunday, November 28, 2010

R&R

Sebagai pengguna lebuhraya yang agak kerap juga, selalu berulang-alik KL - Johor - KL ,  kawasan rehat di sepanjang lebuhraya sememangnya mnejadi isu utama. Ini adalah kerana waktu perjalanan yang panjang menuntut beberapa perkara yang mesti dilakukan dalam perjalanan.

Pertama - berhenti solat,

Kedua - qada hajat

ketiga - makan

keempat - rehat untuk melepaskan kepenatan memandu lama (termasuklah tidur sebentar)

dll -

Sejak saya pulang dari belajar di luar negara pada penghujung 1980an, banyak perubahan dan peningkatan telah berlaku disepanjang lebuhraya. 
Jika dahulu, sepanjang KL - Johor hanya ada 1 tempat perhentian rehat (kalau tidak silap lah...nanti marah pula orang PLUS), sekarang sudah ada banyak. Dipanggil R&R, Rehat & Rawat.
Kemudahan yang disediakan juga sudah banyak berubah, sudah tentunya semakin baik.

Terutamanya TANDAS! 
Alhamdulillah. Rata-rata tandas di R&R sekarang boleh dikatakan tip-top ... sentiasa ada orang membersihkannya...*thumbs up!*

tempat solat juga sudah semakin bersih dan cantik ... dengan kemudahan pili-pili mengambil wudhuk disediakan berdekatan tempat solat...

Jejak Kasih

Teringat pesan seorang ustaz, walaupun seseorang itu telah memeluk Islam, dan dibela oleh seseorang yang beragama Islam, namun pertalian darah antara seorang anak dan kedua ibu-bapanya masih terjalin, walaupun ibu-bapanya berlainan bangsa dan agama.

Sejak dari kecil saya tahu sepupu saya ni adalah anak angkat Cina, ini adalah kerana rupanya yang putih melepak dan bermata sepet, sebagaimana lazimnya anak berbangsa Cina. Apabila datuk saya mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, emak saya yang membela dan menjaganya, walaupun ketika itu emak saya belum berkahwin lagi. 

Apabila sudah besar, bersekolah, bekerja, berkahwin dan beranak-pinak, emak saya berusaha mencari balik ibu kandung beliau, walaupun ketika itu datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia. Emak saya dapat tahu bahawa bapa kandung sepupu saya ni sudah meninggal dunia. Tetapi ibu kandungnya gagal dikesan di mana. Ini disebabkan dia sudah berpindah dari rumah lamanya.  
 kalau ikut perkiraan umur, ibu kandung sepupu saya (duduk di sebelah sepupu bertudung coklat) ni sudah berumur lebih 90 tahun, tetapi kelihatan masih kuat boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat lagi. Perempuan Cina t-shirt merah adalah kakak sepupu saya.

 Bersama pengantin dan adik-beradik kandung sepupu saya.


Teka-teki Terjawab

Beberapa hari lepas tak sempat nak bukak emel, hari ini baru berkesempatan membaca emel yang dah bertimbun dalam mail box...

Bila baca emel di bawah, baru lah terjawab persoalan kenapa earning dari En Nuff naik tiba-tiba turun semula...???
itulah, terkejut juga hari tu tengok earning tu...wow..banyaknya! (macam lah banyak sangat...seciput aje...tak lah beratus-ratus beribu-ribu macam orang lain tu...!)
Anda pun dapat tak emel macam ni? 

Saturday, November 27, 2010

Perjalanan jauh

Sabtu semalam hari yang sungguh bermakna. Perjalanan jauh dan pengalaman yang sungguh bermakna.
Awal pagi selepas subuh kami sudah bersiap-siap. Akan ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin anak sepupuku. Pukul 8.30 pagi bertolak dari Shah Alam, sampai di Kempas jam 12.30 tghr. 
Sampai saja di rumah sepupu, terus masuk khemah kenduri...hurm..semua dah kelaparan...apalagi terus bersalam-salaman dengan sanak saudara yang hadir dan cari tempat duduk, ambil nasi dan lauk-pauk...
 
Alhamdulillah...kemudian duduk-duduk berborak dengan mak-mak saudara dan sepupu dan anak-anak saudara.
Namun yang paling kukenang ialah adegan jejak kasih, hurm..macam program Jejak Kasih TV3 pulak...
Memang betul lah... sebab sepupu saya ini dulu-dulu datukku ambil bela, dia anak orang Cina. Sebab tu muka dia putih melepak macam Cina. Selepas 50 tahun baru berjumpa kembali dengan emak dan adik-beradik dia..
Memang terharu sungguh, saya pula yang meleleh air-mata tengok...nanti kita cerita di lain entri ya..

Selepas menghadiri kenduri tu, kami terus bertolak balik ke Shah Alam. Dalam perjalanan ingat nak singgah rumah Cik Mat Gebu..tapi dia tak ada di rumah pula... CikMat ni rakan sehobi..kami sama-sama suka mengumpul pinggan mangkuk lama... kalau anda semua tengok hidangan masakan Cik Mat Gebu tu menggunakan pinggan mangkuk lama yang cantik-cantik kan...
 
Sampai di Shah ALam semula pukul 9 malam...penaatttttttttt 
12 jam marathon Shah Alam - JB - Shah Alam

Gambar Belangkas