Monday, May 31, 2010

Menjaga ayah yang lumpuh di dewan kuliah


Xu Dahui Seorang mahasiswi di Institut Bioengineering Wuhan, China membuktikan kecintaan dan ketaatan kepada ibu bapa membolehkannya menjadi pelajar terbaik di kampusnya itu.

Bapanya yang lumpuh akibat dari penyakit pendarahan otak akut menyebab Xu Dahui membawa dan menjaga bapanya semasa berada di dewan kuliah dan juga di kantin kampus ketika dia berkerja.

Ibunya juga tidak sihat. Bermakna Xu Dahui terpaksa menjaga kedua-dua ibu bapanya. Pada waktu pagi, dia terpaksa bangun awal untuk membeli sarapan. Kemudian membangunkan bapanya dan menyiapkannya untuk pergi bersama ke kuliah yang perjalanannya mengambil masa sekitar satu jam.

Balik dari kuliah, Xu Dahui pula perlu menyiapkan makanan malam untuk ayah dan ibunya pula. Begitulah rutin harian anak yang taat ini demi menjamin kehidupan ibu dan ayahnya dapat disempurnakan.

Dipaksa minum jus stoking


KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.

Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.

Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.

"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah

"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.

Saturday, May 29, 2010

Cara buat tulisan pelangi

Kalau anda rasa berminat untuk membuat teks berwarna warni caranya mudah saja.hanya salin kod dibawah ini;


<script src="http://sites.google.com/site/copycatgroup/Home/jsfile/rainbowtext.js"></script>


Kemudian:

Masuk ke Dashboard
Pilih Design
Edit HTML
Cari kod : </head>
Paste kod diatas tadi dibawah </head>
Kemudian Klik 'Save'

Jika sekiranya anda ingin memasukkan teks berwarna warni ini pada posting,masukkan kod ini:


<span class="rainbow_text"> teks yang ingin dibuat berwarna warni</span>

nota:dimasukkan ketika  membuat posting dalam mode edit HTML  dan bukan compose

selamat mencuba

Rumah warna warni suatu kesenian


Santa Marta merupakan sebuah kawasan perumahan bagi masyarakat miskin di Rio de Janeiro, Brazil. Dua seniman Belanda telah membuat keputusan untuk memberikan bangunan Santa Marta satu perubahan yang menarik.
Sekarang 34 rumah kelihatan penuh warna dan cerah. Dan saya berharap bahawa orang-orang Santa Marta merasa diri mereka sedikit lebih bahagia.









Teks bergerak pada Title Bar

Mungkin sebelum ini anda pernah melihat teks yang bergerak pada title bar di browser.Jika anda ingin meletakkan pada blog berikut adalah cara untuk membuatnya:

Salin script dibawah ini :
<SCRIPT language='JavaScript'>
var txt="Mesej Anda";
var kecepatan=100;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kecepatan);}bergerak();
</SCRIPT>
Kemudian gantikan "mesej anda" pada skrip dengan teks yang akan anda ingin masukan.
Langkah seterusnya:

    * Log in ke dashboard ,klik pada Design dan pilih Edit HTML
edit html
   

    * tandakan pada kotak expand widget
widget

    * Pada template cari kod </head>
    *Letakkan skrip tadi sebelum </head>


Kemudian Save dan lihat hasilnya.

Handphone hanya dengan bateri AAA



Kebiasaan bateri untuk menghidupkan handphone adalah dari jenis lithium ion. Tapi, handphone ini juga boleh menggunakan bateri AAA sebagai gantian sekiranya kehabisan bateri.

Handphone bernama FrvrOn iaitu singkatan dari forever on, telah dikembangkan oleh syarikat di India, Olive Telecommunication. Handphone ini sebenarnya adalah untuk kegunaan warga India yang tinggal di kawasan yang mempunyai masalah elektrik.




Gambar Belangkas